Mar 5, 2013

Zikir Harian ◕‿◕✿

 

 


1)Kalimah Subhanallah
Ibnu Abbas RA berkata: “Ketika Allah SWT menjadikan Arasy, lalu menyuruh malaikat memikulnya. Para malaikat merasakan amat berat memikulnya. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca (menyebut); Subhanallah. Sebaik sahaja malaikat membacanya, maka terasa ringan memikul Arasy dan mereka terus menyebut (berzikir) selama-lamanya.”


2) Kalimah Alhamdulillah
Kata Ibnu Abbas ra lagi: “Apabila Allah SWT menjadikan Adam as. Maka mula-mula yang keluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalu Allah ilhamkan kepadanya untuk membaca (menyebut); Alhamdulillah. Sebaik sahaja Adam as menyebutAlhamdulillah, lalu Allah menjawab; Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan engkau).
“Kemudian malaikat berkata: Inilah kalimah mulia dan baik dan tidak sepatutnya kami abaikan. Maka para malaikat pun membaca (berzikir) Suhhanallah Walhamdulillah.

3) Kalimah Laa illaha illallah
“Para malaikat membaca (berzikir) demikian sehinggalah Allah SWT mengutuskan Nabi Nuh as. Oleh kerana kaum Nabi Nuh adalah kaum pertama menyembah berhala, maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh as supaya menyuruh kaumnya membaca; Laa illaha illallah bagi mendapatkan keredhaan Allah.”
“Lalu berkata malaikat: “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan. Maka malaikat pun menggabungkan dengan dua kalimah sebelumnya untuk menjadi: Subhanallah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah.”
“Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim as.

4)Kalimah Allahu akbar
Setelah terutusnya Nabi Ibrahim as, Allah SWT telah memerintahkan bagindamenjalankan korban ke atas anaknya, yang mana akhirnya Allah telah menebusanaknya Ismail dengan seekor kibas (kambing).
“Apabila Nabi Ibrahim as melihat anaknya terselamat dari disembelih dan digantikan dengan kibas (kambing), maka Nabi Ibrahim as menyebut: Allahu akbar, kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.
Berkata para malaikat: “Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar.Kemudian para malaikat menggabungkan kalimah itu dengan tiga kalimahsebelumnya menjadi: Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar.”

5) Kalimah Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.
“Ketika malaikat Jibril as menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW, bagindamerasa kagum dan terus melafazkan: Laa haula Wala quwwata illa billahil aliyilaziem.”
Kemudian Jibril as berkata: Gabungkan kalimah yang empat itu sehingga menjadiSubhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar, Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.

Jom kita sama-sama amalkan :)

◕‿◕✿ Terima Kasih singgah baca...kalo senang datangla lagi yer ✿◕‿◕

9 comments:

Mieya Atiera said...

Perkongsian yang bermanfaat.

Bui Junaidi said...

COMEL2 LA CCI..TQ SHARING

Nurul Aini said...

Aaaa..cantiknya..bagi adik2 baca mesti diorang minat dan suka nak tahu. ^___^

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

tq for sharing... semoga dapat diamalkan

dEdEQ dE wIshEs said...

TERIMA KASIH KAK :)

BiskOt said...

syukran jazilan ya ukhti.. ^^b..

Shida Radzuan said...

nice sharing kak cci :)

fatin amalina husna said...

kawaii~ >.<
Alhamdulillah..

♥ Lia Abdillah ♥ said...

Nice sharing~

 

Copyright © 2012 Reserved to Gerbang Perkahwinan (Doodle Blog)
Design by Ccicutedesign