Showing posts with label dolly. Show all posts
Showing posts with label dolly. Show all posts

Sep 12, 2017

Fairytale : Mary Had A Little Lamb


Mary Had A Little Lamb..Little Lamb..Little Lamb....
hehehehe.... hai korang.. sihat ke...cci pun x tau nk hupadated ape... jadi jom nyanyi sesama... wuuu

Mary had a little lamb
Little lamb, little lamb
Mary had a little lamb
Its fleece was white as snow
And everywhere that Mary went
Mary went, Mary went
Everywhere that Mary went
The lamb was sure to go

He followed her to school one day
School one day, school one day
He followed her to school one day
Which was against the rule
It made the children laugh and play
Laugh and play, laugh and play
It made the children laugh and play
To see a lamb at school

And so the teacher turned him out
Turned him out, turned him out
And so the teacher turned him out
But still he lingered near
And waited patiently
Patiently, patiently
And wai-aited patiently
Til Mary did appear

Mary had a little lamb
Little lamb, little lamb
Mary had a little lamb
Its fleece was white as snow
And everywhere that Mary went
Mary went, Mary went
Everywhere that Mary went
The lamb was sure to go

◕‿◕✿ Terima Kasih singgah baca...kalo senang datangla lagi yer ✿◕‿◕

Oct 12, 2013

Kawaii:- Salam Aidil Adha ^_^





hai..hai.. tak lama lagi Hari Raya Aldil Adha.. berapa hari je lagikan...Disini cci ingin kongsikan betapa besarnya pengorbanan bapa demi menunaikan perintah Allah swt. :)

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.


Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.


Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.


Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.


Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.


Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.


Manakala bagi Aidiladha, hikmah disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.


Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.


Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


Salam Aidil Adha buat semua... ^_^

◕‿◕✿ Terima Kasih singgah baca...kalo senang datangla lagi yer ✿◕‿◕

Jul 29, 2013

◕‿◕✿ Kawaii:- Spice Of Love


hai...hai.. mesti korang pernah tgk style bunga lawang tu bukan... siapa agi kalau bukan MIJ (Merahitujambu) kuikui... kartun diatas adalah design untuk wedding adik cci yang bakal kahwin pada bulan 10 nanti.. jadi bila melihat idea kreatif dari MIJ sangat-sangat teruja dan berguna ^_^ jadi cci ingat nak guna juga kaedah yang sama seperti MIJ...

Tq MIJ diatas kebijaksaan dengan tercetusnya idea MUSANG BERJANGGUT ni.. bak kata Biskot Cikot ^_^

* Mood raya semakin hampir... idea mendesign semakin ke laut... hohohoho...


◕‿◕✿ Terima Kasih singgah baca...kalo senang datangla lagi yer ✿◕‿◕

Jun 29, 2013

◕‿◕✿ So Kawaii:- Watak Pekerjaan


hai..hai... terlalu bizi menyiapkan watak perkerjaan ni... alahai... ni pun ade beberapa agi watak yg blum siapkan.. wah.. mau kebas tangan n jejari i yg halus mulus ni.. PANGGGG!!! *jgn perasan ok.. kuikui...

kat sini cci nak cerita pasal entry yg cci up bebaru ni.. pasal dektop.. kuikui.. sangat berbeza wat keje guna lappy dan dektop.. sebab apa.. kalau lappy tuk wat keje mendesign sangat-sangat susah..sebab apa susah.. kerana RAM dan Grafik Card tidak cukup untuk support design-design yg besar untuk ditampung.. dan mudah lagging, serta lambat jika nak wat sesuatu design... jadi cci mengambil keputusan untuk membeli dektop yg baru dengan kekuatan semaksima mungkin pada dektop cci yang baru ni.. kuikui...ketinggian RAM sebanyak 6GB dan Grafik Card NVIDIA 4GB.. hohooho.. best gile bila dia running senyap jerk.. kalau tak bunyi cam enjin kapal terbang.. pastu terhegeh-hegeh nak loading.. syukran diatas rezki yang diberikan....

ok kembali semula kepada watak-watak diatas... ekeke.. mn satu pilihan korang.. ^_^ bye...


◕‿◕✿ Terima Kasih singgah baca...kalo senang datangla lagi yer ✿◕‿◕

Apr 28, 2013

◕‿◕✿ LOLITA:- In the flower garden




artwork yang lama tersimpan... ^_^

◕‿◕✿ Terima Kasih singgah baca...kalo senang datangla lagi yer ✿◕‿◕

Mar 27, 2013

◕‿◕✿ So Kawaii:- Wordless Rabu #2



◕‿◕✿ Terima Kasih singgah baca...kalo senang datangla lagi yer ✿◕‿◕

Feb 1, 2013

◕‿◕✿ Kawaii: Istimewanya Hari Jumaat


hari ini adalah hari jumaat iaitu pada 1 hb Febuari, 2013.. sekejap je dah masuk bulan 2 kan...cci harap bermulanya hari ini adalah hari yang mengembirakan buat korang begitu juga cci... :) korang semua apa khabar..cci harap sihat semuanya untuk tak membuangkan masa cci nak kongsi sesuatu buat korang yang mungkin ada yang tidak tahu dan pasti ada yang tahu.. betul tak..  ^_^



Hari Jumaat ataupun hari yang digelar Saiyyidul Ayyam (penghulu segala hari) merupakan hari pilihan Allah S.W.T dalam meletakkan kelebihan dan keistimewaan yang tidak terhingga berkatnya.

Antara peristiwa-peristiwa yang dianggap penting untuk umat Islam mengenai hari Jumaat dalam usaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan mengenai sirah Islam adalah:-


  • Dijadikan nabi Adam dan hari turunnya ke bumi serta hari dimana wafatnya baginda.
  • Terjadi hari Kiamat selepas tiupan sangkakala.
  • Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa
  • Pernikahan antara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha
  • Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa
  • Pernikahan antara Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis
  • Pernikahan antara Nabi Muhammad S.A.W dengan Siti Khadijah
  • Pernikahan antara Rasulullah S.A.W dengan Siti Aisyah
  • Pernikahan Sayyyidina Ali as dengan Siti Fatimah


Hari Jumaat sangat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari hari raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap Ilahi.



*Subhanallah berapa besarnya keberkatan di hari Jumaatkan ^_^

◕‿◕✿ Terima Kasih singgah baca...kalo senang datangla lagi yer ✿◕‿◕

Jan 23, 2013

◕‿◕✿ QUOTE: #11



singgah sini sama:- http://www.ccicutedollylicious.blogspot.com/2013/01/for-sale-button-badge-bookmark-card-and.html

◕‿◕✿ Terima Kasih singgah baca...kalo senang datangla lagi yer ✿◕‿◕

Dec 29, 2012

◕‿◕✿ So Kawaii: XO..XO..XD.. Publishhh....

SANGAT CUTEKAN LISA

cam budak-budak tak? ^_^

klik sini:- Istanbul Aku Datang
hai korang... ehehehe... ni la kartun yg cci tunjuk hari tu.. kan separuh-separuh kan.. eheheh.. ^_^ bila cci tengok filem Istanbul Aku Datang.. terus hati terniat nak buat kartun style Lisa Surihani yang sememangnya kawaiii....ehehhe... jadi proses untuk lukis sangat rumit bahagian rambut dia... haishh... banyak kali cuba akhirnya membuahkan hasil yang sangat berlainan dengan dolly cci yang lain.. ^_^ hope korang enjoy ngan video yang cci sediakan...



XOXOXD.. PUBLISHHH... ^_^

Siapa suke klik LIKE ^_^

◕‿◕✿ Terima Kasih singgah baca...kalo senang datangla lagi yer ✿◕‿◕

Dec 27, 2012

◕‿◕✿ So Kawaii: Berhabuk Betul!...




hai korang..korang sehat ke? kalau sehat syukran...( fuh...fuh.. tiup-tiup habuk dalam blog cci ini...lama sungguh cci tak updated blogkan..?) yelah.. sangat-sangat sibuk sampai nak updated blog pun tak sempat mana ngan design lagi.. eheheh...ma ceh gak pada dak NURUL yang tomey tu.. yang duk bising kenapa lama cci tak updated blog... *ade gak yang rindu :P opss perasan.. penampor nak.. dush..dushh.... 
ok..ok.. korang perasan x apa yang ada perubahan pada kartun cci tu sapa perasan angkat tangan...^_^ ngeee... kalau nak tahu itulah yang cci tengah duk buat sampai otak dah tak boleh nak fikir dah... gara-gara menyiapkan beberapa kartun ehehhe...mesti ada yang x sabarkan nak tengok keseluruhan rupa kartun tu.. alaa.. tetap sama je rupa dia x dek beza pun.. ehehe.. excited lebih.. ngee... :P  k lah.. sangat-sangat kejar masa.. hanya ini yang dapat cci kongsikan...




p/s: lama sangat x jalan-jalan ke blog-blog korang.. insha allah ada masa terluang cci pasti akan terjah ke blog korang k.. rindu lah.. 

◕‿◕✿ Terima Kasih singgah baca...kalo senang datangla lagi yer ✿◕‿◕

Dec 9, 2012

◕‿◕✿ So Kawaii: Betapa Besarnya Ganjaran Membaca Al Quran




Al-Quran adalah kalam ALLAH. Padanya ada suruhan, larangan, iktibar dan pedoman buat manusia secara umumnya, dan buat mukminin khususnya. Membaca dan menghayati al-Quran tentunya menatijahkan kebaikan yang teramat banyak buat sesiapa yang melaziminya. Berikut adalah beberapa hadith dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam mengenai kelebihan membaca dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran:

1) Al-Quran akan memberikan pertolongan pada Hari Kiamat.
Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya: ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang memilikinya (mengamalkannya).”

(HR Muslim)

Dari an-Nawwas bin Sam`an radhiAllahu `anhu katanya: ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Al-Quran itu akan didatangkan pada Hari Kiamat nanti, demikian pula ahli-ahli al-Quran iaitu orang-orang yang mengamalkan al-Quran itu di dunia, didahului oleh surah al-Baqarah dan surah ali-Imran. Kedua surat ini menjadi hujah untuk keselamatan orang yang mempunyainya (membaca, memikirkan dan mengamalkan).”

(Riwayat Muslim)

2) Manusia yang terbaik ialah yang belajar dan mengajar al-Quran.
Dari `Uthman bin `Affan radhiAllahu `anhu katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Sebaik-baik engkau semua ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”

(HR al-Bukhari)

3) Ganjaran buat orang-orang yang lancar dan tidak lancar membaca al-Quran.
Dari `A’isyah radhiallahu `anha, katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Orang yang membaca al-Quran dan ia sudah mahir dengan bacaannya itu, maka ia adalah beserta para malaikat utusan ALLAH yang mulia lagi sangat taat. Sedang orang yang membaca al-Quran dan ia berasa susah dalam bacaannya (tidak lancar) tetapi ia selalu berusaha, maka untuknya dua pahala.”

(Muttafaq `alaih)

4) Perumpamaan orang mukmin yang suka membaca al-Quran.

Dari Abu Musa al-Asy`ari radhiAllahu `anhu katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Perumpamaan orang mu’min yang suka membaca al-Quran ialah seperti buah utrujjah (اَÙ„ْاُتْرُجَّØ©), baunya enak dan rasanya pun enak. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak suka membaca al-Quran ialah seperti buah kurma, tidak ada baunya, tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan orang munafik yang suka membaca al-Quran ialah seperti minyak harum, baunya enak sedang rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak suka membaca al-Quran ialah seperti rumput hanzolah (اَÙ„ْØ­َÙ†ْظَÙ„َØ©), tidak ada baunya dan rasanya pun pahit.”

(Muttafaq ‘alaih)

5) Al-Quran menaikkan dan menurunkan darjat manusia.

Dari `Umar bin al-Khattab radhiAllahu `anhu bahawasanya Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya ALLAH mengangkat darjat beberapa kaum dengan adanya kitab al-Quran ini (orang-orang yang beriman) serta menurunkan darjatnya kaum yang lain-lain dengan sebab al-Quran itu pula (yang menghalang-halangi pesatnya Islam dan tersebarnya ajaran-ajaran al-Quran itu).”

(HR Muslim)
6) Dibenarkan iri hati kepada orang yang membaca dan mengamalkan al-Quran.

Dari Ibnu `Umar radhiallahu ‘anhuma dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam sabdanya:

“Tidak dibenarkan iri hati melainkan terhadap dua macam orang, iaitu: Orang yang diberi kepandaian oleh ALLAH dalam hal al-Quran, lalu ia berdiri dengan al-Quran itu (membaca sambil memikirkan dan juga mengamalkannya) di waktu malam dan waktu siang. Juga seorang yang dikurniakan ALLAH akan harta lalu ia menafkahkannya di waktu malam dan siang (untuk kebaikan).”

(Muttafaq ‘alaih)

7) Bacaan al-Quran mempunyai sakinah

Dari al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu katanya:

“Ada seorang lelaki membaca surat al-Kahfi dan ia mempunyai seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian tampaklah awan menutupinya. Awan tadi mendekat dan kuda itu lari dari awan tersebut. Setelah pagi datang, orang itu mendatangi Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebutkan apa yang terjadi atas dirinya itu. Baginda sallAllahu `alaihi wasallam lalu bersabda: “Itu adalah sakinah (ketenangan yang disertai oleh malaikat) yang turun untuk mendengarkan bacaan al-Quran itu.”

(Muttafaq ‘alaih)

8) Membaca satu huruf dari al-Quran akan diganjari 10 kebaikan.

Dari Ibnu Mas`ud radhiAllahu `anhu katanya: ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka ia memperoleh satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu. Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf.”

(HR at-Turmudzi, katanya ia hasan sahih)
9) Orang yang tiada al-Quran di dalam hatinya ibarat rumah yang kosong.

Dari Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya orang yang dalam hatinya tidak ada sesuatu apapun dari al-Quran (tidak ada sedikitpun dari ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya), maka ia adalah seperti rumah yang kosong.”

(HR at-Turmudzi, katanya ia hasan sahih)

10) Kebaikan membaca al-Quran secara tartil
Dari `Abdullah bin `Amr bin al-`As radhiallahu ‘anhuma dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, sabdanya:

“Dikatakanlah, nanti ketika akan masuk syurga- kepada orang yang mempunyai al-Quran (gemar membaca, mengingat-ingat kandungannya serta mengamalkan isinya): “Bacalah dan naikilah darjatmu (dalam syurga) serta tartilkanlah (yakni membaca perlahan-lahan) sebagaimana engkau mentartilkannya dulu ketika di dunia, sebab sesungguhnya tempat kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.”

(HR Abu Daud dan at-Turmudzi, dengan katanya hadith ini hasan sahih)

Semoga ALLAH mengurniakan kebaikan yang banyak buat kita dan memberikan kita kekuatan untuk istiqamah mendampingi dan mengambil manfaat dari al-Quran. La haula wa la quwwata illa biLLAH, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin ALLAH. Hidayah dan taufiq ALLAH lah sangat-sangat kita harapkan, amin…

Sekadar menyampaikan,


◕‿◕✿ Terima Kasih singgah baca...kalo senang datangla lagi yer ✿◕‿◕

Dec 3, 2012

◕‿◕✿ So Kawaii: Art Trade untuk Nizam


hai ok.. disini cci nak share art trade dari cci untuk nizam.. kalo korang tgk blog dia.. mesti korang rasa tengah makan nutella.. sbb blog dia semuanya coklat.. ehhe..dan sangat suke ngan nutella..^_^
sory nizam akak baru balas.. bz sesangat..^_^




from google
kalo nak tgk apa yg nizam art trade ngan cci klik link ni..

◕‿◕✿ Terima Kasih singgah baca...kalo senang datangla lagi yer ✿◕‿◕

Dec 2, 2012

◕‿◕✿ Quotes: Star.. Bintang..




◕‿◕✿ Terima Kasih singgah baca...kalo senang datangla lagi yer ✿◕‿◕

Dec 1, 2012

Review Hadiah Buat Pemenang 'BLOG SIAPA YANG KAWAII TU? PART 2


Klik sini untuk lihat hadiah utama:- 
Wish Card

Stiker

Bookmark
(Gambar hanya Photorealistic semata-mata)
nak tgk yg real tunggu bula sampai ehehe... :P
Ha.. seperti yang dijanjikan cci akan berikan hadiah buat pemenang Utama, Kedua dan Ketiga dan juga Top Komentor cci 

Iaitu




Jadi pada mereka yang bertuah ni.. mempunya nama di kedua-dua list akan mendapat 2 hadiah dari cci.. iaitu 2 bookmark, 2 pasang stiker :) pada yang bertuah tu... 
atau
email cci ke ccicutewm@gmail.com

◕‿◕✿ Terima Kasih singgah baca...kalo senang datangla lagi yer ✿◕‿◕

◕‿◕✿ So Kawaii: Sweet Like Cakes

Hai semua...^_^ korang pekabor.. cci harap sihat semuanya.. wah... malam ni bolehla cci berjalan-jalan ke blog-blog korang. Rindu rasanya nak mengomen dan secara tak langsung menaikkan semula rating blog cci yang da beberapa hari dipinggirkan. ehehehe :)







oi..oi.. mau curik kek ek... nak kena babap ni.. nakal sungguh si musang jadian ni.. muahaha... siap nak kait-kait agi.. meh sini mau kasi penampar skali... asik mau CURI jer.... bukan mau minta izin.. berdosa tau..

dalam banyak-banyak kek kat atas tu.. kek yang mana 1 feveret korang.. ehehe.. bagi cci semua cci telan.. harharhar... yang penting sedap... kan..kan..kan...nyummm....




◕‿◕✿ Terima Kasih singgah baca...kalo senang datangla lagi yer ✿◕‿◕

Nov 18, 2012

◕‿◕✿ So Kawaii: b e l o n p a n a s




hai korang... korang pekabar... sehat2lah hendaknya kan.. :).. errmm.. korang pernah naik belon panas x.. kalo cci x pernah lagi.. dan takkan pernah naik.. ngee.. takut woo.. gayat...tp bila ditengok di awan cantik dan best jekan... tambah-tambah lagi kalau belon tu warna warni.. cooolll.... ^_^ sampai sakit-sakit tengkuk tengok dia terbang ke atas. Tapi bila dilihat makin jauh dia ke atas.. makin dekat je rasa... macam satu perhubungan jugak... Biar jauh di mata.. tapi dekat dihati.. wee... so pada semua ibaratkan rindu tu seperti BELON yer.. erkk.. leh pakai ke ayat ni.. muahaha.. ^_^ bye tunggu di minggu hadapan.. insyallah..


psstt..psstt.. korang perasan x mekap doll tu.. makin tebal plak dia mekapkan.. muahha.. melampau.. :P

◕‿◕✿ Terima Kasih singgah baca...kalo senang datangla lagi yer ✿◕‿◕

◕‿◕✿ So Kawaii: G o t h i c g i r l



Fuh...fuh.. berhabuk sungguh blog ni kan? da berminggu-minggu cci tak hadiahkan doodle tuk korang... almaklumlah bizi sesangat..ini pun sbb nak hilangkan stress ngan tempahan design...alahai...err.. agak-agak korang rindu tak dengan cci. APEE?? tak rindu..uwaaaaaaaa... sedeynya... cci tiap-tiap hari rindu dengan blog ni tau... :P 

err..korang nampak x doll kat atas tu.. ehhe.. cci buat gothic girl.. merah menyalakan.. warna dia sangat2 terserlah... tapi.. kenapa warna ini dipanggil gothic ek.. sapa tau..ehehhe...meh baca ni..




Apa itu Gothic?
Pada awalnya, Gothic bukanlah seperti yang kita kenali sekarang. Eya.. Gothic bukanlah satu cabang aliran music atau fashion. Sebaliknya, Gothic lebih kepada satu medium ideologi. Gothic sebenarnya berasal dari "VisiGoth", yang merupakan nama salah satu puak barbari dari Jerman, puak yang menghuru-harakan Kerajaan Rome ketika itu.
Dan ideologi tersebut terus berkembang secara sekular ke dunia artistic, dengan penggayaan yang gelap dan gloomy dan boleh dilihat pada senireka bangunan-bangunan zaman pertengahan abad, seperti di Andalusia dan Sepanyol.


Puak VisiGoth ( atau Gothic ) mula melebarkan ideologi mereka ke seluruh benua Eropah, dari Scandinavia hingga ke Russia, dan mereka juga bermigrasi keserata dunia dan meninggalkan ideologi seni mereka.


Manakala definisi Gothic secara budaya ( culture ) bagi pencinta Gothic adalah sebagai gambaran depresi, marah, kelam, benci, sedih kecewa dan kegelapan. Semua perasaan ini dijadikan sebagai satu budaya, trend dan music.


Gothic juga mendapat tempat dihati peminat music melalui genre mereka tersendiri. Dengan tona yang mendayu, mellow, gloomy dan lyric yang penuh diisi dengan perasaan benci dan sedih. Eropah merupakan tempat mulanya berkembang music Gothic ini bilamana wujudnya Xandria, Theatre Of Tragedy dan beberapa lagi. 


Music genre ini pada awal kemunculannya, sering dikaitkan dengan amalan"Satanisme" dan mengajar sifat membenci dalam diri. Namun pandangan negative itu dapat ditangkis kerana setiap lyric lagu dalam genre Gothic ini lebih kepada kesedihan dan depression diri. Lyric seperti ini dapat dilihat melalui band Goth seperti Lacuna Coil,Professional Murder Circle, H.I.M dan banyak lagi.



Tapi, music genre ini terdapat pula pecahannya. Seperti Gothic Classic, Gothic Metal,Symphony Goth Metal dan banyak lagi pecahannya yang tidak saia nyatakan disini. Namun, Gothic tidak cenderung ke arah black metal ataupun satanic. Dan kerana berbeza dalam pecahan ideologi dalam music gothic, ini membuatkan halatuju dangenre'nya bercanggah dengan black metal seperti Cradle Of Filth, Dimmu Borgir.

sumber:-  http://insecretlovewedrown.blogspot.com

◕‿◕✿ Terima Kasih singgah baca...kalo senang datangla lagi yer ✿◕‿◕

Nov 10, 2012

◕‿◕✿ So Kawaii: Little Bee


beeeezzzz....beezzz.... muehhe.. cci pun tak tau nak taip apa.. jadi just tengok jelah ek... ngeee... *kartun yang telah direject.. ehehe.. ^_^

◕‿◕✿ Terima Kasih singgah baca...kalo senang datangla lagi yer ✿◕‿◕

Nov 4, 2012

Cci nak share sesuatu...





hai korang.. lama plak cci x hupdated apa2 tentang artwork cci kan.. ehehe.. nak BW pun x sempat agi.. rindu nak komen2 kat blog korang.. korang jgn risau k.. nanti kalau semua kerja cci da siap... cci akan BW ke blog2 korang..*bz mengalahkan menteri tui.. huahuahua.....
Ok tentang template kat atas tu.. cci makeover untuk blog Kak Bui.. just simple jer,, asalkan comey dan sedap mata memandang.. org kata apa just nice.. muahaha.. *x yah nak berorang putih sangat la cik jemah oi.. wahaha... pd template tersebut cci lukis kartun gegel.. omay x.. omey x.. k lah.. kalo korang sudi jengah la blog kak bui tu ek.. kalau nak tengok secara live blog kak bui..

◕‿◕✿ Terima Kasih singgah baca...kalo senang datangla lagi yer ✿◕‿◕

Oct 27, 2012

◕‿◕✿ So Kawaii: Syukur Sesangat ^_^


100% Ai + touch up SAI


hai korang sehat ker.. muehehe.. ^_^ mestilah sehatkan... banyak makan daging korban x.. kalo banyak tu ingat2 la cci kat sini.. ehehe...
yeaayyy... akhirnya da siap mata baru dolly cci hijau lagi.. ngeee.. :P tapi x dekla secantik mana pun.. biasa2 jerk.. ^_^ asalkan kita bersyukur dengan apa yang allah beri kelebihan dan kekurangan yang ada pada kita kan.. ^_^ mesti ada antara korang ade kelebihan tapi x dapat nak ditonjolkan...pada pendapat cci kan.. lebih baik korang tonjolkan aje bakat yang ada tu..contoh macam melukis.. korang lukis jer banyak2 kali.. practice make perfect org kata.. camtu gak cci.. tak dek belajar dimana-mana pun.. cuma satu yang penting minat dan jangan mengalah dan berhenti...bukan cci jer tau... MIJ, DYSHA, AZZAH... kita orang semua serupa.. bermula dari 0... ^_^ jadi x salah kalo korang juga berusaha seperti kami... ^_^ jadi pesan cci.. berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari yang terbaik.. ^_^ .. pedulikan apa kata orang... kalo mcm cci.. itu semua cci anggap memberi motivasi pada diri cci.. untuk menjadi lebih baik..
ok kat sini cci nak share sesuatu bagaimana cci warnakan mata doodle tu dan warnakan kulit dia dalam SAI.. jadi meh kita tgk video ni ek... ^_^ enjoy..





Kredit dari YOUTUBE


UPDATE: psstt...psst.. ape pendapat korang ngan rupa baju baru ni.. kali ni semuanya cci gunakan bright colour.. no pastel2 lak.. ehehe... 

◕‿◕✿ Terima Kasih singgah baca...kalo senang datangla lagi yer ✿◕‿◕

 

Copyright © 2012 Reserved to Gerbang Perkahwinan (Doodle Blog)
Design by Ccicutedesign