
Showing posts with label Quotes. Show all posts
Showing posts with label Quotes. Show all posts
Apr 1, 2013
Mar 27, 2013
Mar 24, 2013
◕‿◕✿ Kawaii: l o v e
bila dah berumahtangga ni.. banyak perkara manis dilakukan bersama-sama.. dengan cinta dan kasih sayang semakin penuh di dalam diri kami somi istri sehingga kami kekenyangan dengan
C I N T A yang sangat bahagia.. alhamdulillah sudah 9tahun kami hidup bersama dan bahagia..

Mar 21, 2013
✿◕‿◕ QUOTES #15: Bergantung pada Berus Gigi?
Moral of Story:-
Usahlah kita hanya mengharapkan bantuan sesama manusia dengan mengetepikan usaha sendiri. Yang utamanya, kita mesti berusaha, kemudian berdoa, yang disertakan dengan tawakal. Insha allah.. ^_^

Mar 6, 2013
Feb 18, 2013
✿◕‿◕ Quotes #14: Ucaplah Terima Kasih
-::cartoons are in this album are copyrighted by me. Do not steal, crop or treat this cartoon drawn by you::-
u can take this freebis if u LIKE
Pengajaran:- Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada mengikut kemampuan. Usahlah berasa dengki dengan orang lain yang lebih berupaya dan berharta. Masing-masing ada rezki tersendiri. ^_^

Feb 16, 2013
Feb 8, 2013
◕‿◕✿ Quotes #12: Syuhh.. Nakal yer...
hai.. korang suke kucin tak? cci suka sangat dengan kucing kerana dia comel tau! ehehehe.
Pada sesiapa yanggeli dengan kucing tu.. harap cuba-cubalah mesra alam dengan binatang kesayangan Rasulullah saw ni ya.. banyak pahalanya.... ^_^
jom baca info yang cci sertakan ini:-
- 1. Memberi makan dan minum bila ia lapar dan haus
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Siapa tidak menyayangi, ia tidak akan disayangi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sayangilah sesiapa sahaja yang ada di bumi, nescaya kalian disayangi sesiapa sahaja yang ada di langit.” (Hadis riwayat Tabrani dan al- Hakim)
Di dalam hadis lain daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabdanya, “Bahawa seorang perempuan pelacur melihat seekor anjing pada suatu hari yang cukup terik panasnya sedang berpusing-pusing mengelilingi sebuah perigi sambil menjelirkan lidahnya disebabkan dahaganya. Perempuan itu segera mengambil air perigi dengan sarung kakinya (yang diperbuat dan kulit kambing) dan diberi minum kepadanya. Dengan (perbuatan yang baik) itu Allah mengampunkan dosanya.” (Hadis riwayat Muslim)
- 2. Menyayangi dan mengasihinya
Rasulullah SAW melarang menahan haiwan untuk dibunuh dengan sabda Baginda, “Barangsiapa yang menyakiti ini (burung) dengan anaknya; kembalikan anaknya padanya.” (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah SAW bersabda sebagaimana kedua hadis di atas kerana melihat burung dan anak-anak akan melalaikan dari mengingati Allah. Ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun, ayat 9)
Rasulullah SAW bersabda, “Kuda terbahagi kepada tiga jenis, seseorang mendapat pahala (kerananya), seseorang yang mendapat pakaian (kerananya), dan seseorang mendapat dosa (kerananya). Adapun orang yang mendapat pahala kerana kuda ialah orang yang mengikatnya di jalan Allah, dan memperpanjangkan talinya di tanah lapang, atau di padang rumput. Maka apa sahaja yang terjadi pada kuda tersebut di tanah lapang atau padang rumput, maka orang tersebut mendapat kebaikan-kebaikan. Jika orang tersebut memutus talinya, kemudian kuda tersebut berjalan cepat satu langkah, atau dua langkah, maka jejak-jejaknya, kotoran-kotorannya adalah kebaikan-kebaikan baginya, serta kuda tersebut bagi orang tersebut adalah pahala. Orang yang mengikatnya kerana ingin memperkayakan diri, namun ia tidak lupa hak Allah di leher, dan tulang punggung kudanya, maka kuda tersebut pakaian untuknya. Sedang orang yang mengikatnya untuk sombong, riya’, dan bermusuhan, maka kuda tersebut adalah dosa baginya.” (Hadis riwayat Bukhari)
- 3. Berlaku baik ketika menyembelihnya
Di antaranya sabda Rasulullah SAW daripada Abu Ya’la Syaddad Ibnu Aus r.a., “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu, maka apabila kamu membunuh elokkanlah pembunuhan itu, dan apabila kamu menyembelih maka elokkanlah penyembelihan itu, dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan pisaunya dan hendaklah dia menyelesakan binatang sembelihannya.” (Hadis riwayat Muslim)
- 5. Harus membunuh binatang yang membahaya seperti ular, kala-jengking dan sebagainya
Hadis riwayat Ummu Syarik r.a., katanya, bahawa Rasulullah SAW menyuruhnya untuk membunuh cicak. Dan dalam hadis Ibnu Abu Syaibah: Dia menyuruh. (Sahih Muslim No.4152)
Hadis riwayat Aisyah r.a., bahawa Rasulullah SAW menamakan binatang cicak dengan sebutan ‘fuwaisik’. (Sahih Muslim No.4155)
Pada hakikatnya Islam mengajar umatnya untuk menyayangi binatang bagi kelangsungan hidupnya, walaupun kita diberikan kuasa untuk menguasai mereka (membunuh mereka dengan tujuan yang baik). Ini kerana Islam melarang kita bertindak menyalahgunakan kuasa dengan menganiayai binatang dan memperlakukan mereka sesuka hati.
- 6. Menunaikan zakat binatang jika cukup nisabnya
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Tidakkah mereka melihat bahawa sesungguhnya kami telah menciptakan bagi mereka dengan kekuasaan kami binatang ternakan untuk mereka miliki dan kami peruntukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebahagian daripadanya jadi kenderaan mereka dan sebahagian lagi mereka makan. Dan daripadanya mereka dapatkan manfaat-manfaat yang lain berupa minuman, apakah mereka tidak bersyukur?” (Surah Yasin, ayat 71-73)
- 7. Tidak melalaikan diri dengan binatang peliharaan sehingga lupa mengingati Allah
info kredit untuk :- http://laman-seri.blogspot.com
p/s:- Jadi pastikan korang melayan mereka secara ini sama saperti Rasulullah melayan mereka ini kerana mereka juga adalah makhluk allah swt.

Feb 1, 2013
◕‿◕✿ Kawaii: Istimewanya Hari Jumaat
hari ini adalah hari jumaat iaitu pada 1 hb Febuari, 2013.. sekejap je dah masuk bulan 2 kan...cci harap bermulanya hari ini adalah hari yang mengembirakan buat korang begitu juga cci... :) korang semua apa khabar..cci harap sihat semuanya untuk tak membuangkan masa cci nak kongsi sesuatu buat korang yang mungkin ada yang tidak tahu dan pasti ada yang tahu.. betul tak.. ^_^
Hari Jumaat ataupun hari yang digelar Saiyyidul Ayyam (penghulu segala hari) merupakan hari pilihan Allah S.W.T dalam meletakkan kelebihan dan keistimewaan yang tidak terhingga berkatnya.
Antara peristiwa-peristiwa yang dianggap penting untuk umat Islam mengenai hari Jumaat dalam usaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan mengenai sirah Islam adalah:-
- Dijadikan nabi Adam dan hari turunnya ke bumi serta hari dimana wafatnya baginda.
- Terjadi hari Kiamat selepas tiupan sangkakala.
- Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa
- Pernikahan antara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha
- Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa
- Pernikahan antara Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis
- Pernikahan antara Nabi Muhammad S.A.W dengan Siti Khadijah
- Pernikahan antara Rasulullah S.A.W dengan Siti Aisyah
- Pernikahan Sayyyidina Ali as dengan Siti Fatimah
Hari Jumaat sangat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari hari raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap Ilahi.
*Subhanallah berapa besarnya keberkatan di hari Jumaatkan ^_^

Jan 23, 2013
◕‿◕✿ QUOTE: #11
singgah sini sama:- http://www.ccicutedollylicious.blogspot.com/2013/01/for-sale-button-badge-bookmark-card-and.html

Jan 21, 2013
◕‿◕✿ Lolita:- Rainbow
hai korang..sehat x.. cci sehat jerk.. cuma sekang ni makin sibuk dan sibuk.. dan melawat ke blog-blog korang pun x sompat.. alahai... sangatla terhad.. syian korang mana yg singgah sini.. cci x dpt nak balas jejak.. insha allah cci akan cuba jejak korang perlahan-lahan k.. walau macamana sekali pun cci pasti akan tinggalkan jejak dan komen di entry korang.. rindunya tika dulu-dulu... express je jejak korang kan.. tul x..tul x.. baik ngaku.. ngee.. :Psiapa sini suke pelangi.. mestila semua sukakan.. termasuklah cci.. warna-warna yang sangat ceria.. berwarna-warni...menenangkan... tul x.. ingat pelangi ingat makanan.. erkkk... :P ye lah.. sekang kan da mcm2 ada makanan yang berwarna pelangi.. mcm kek, lolipop, puding mcm2 lagilah.. cutekan warna pelangi.. muehehe.. k lah tu jer.. bye korang..*berusaha menyiapkan kerja gara-gara cuti lama.. huwaaaaaaaaa...tangan da mcm sotong da.. ngee

Jan 7, 2013
◕‿◕✿ QUOTE: #10
Nilailah dari segi tingkah lakunya.. :)entry lepas:-
http://ccicutedollylicious.blogspot.com/2013/01/quote-9.html
http://ccicutedollylicious.blogspot.com/2013/01/lolita-happy-2013-3.html
http://ccicutedollylicious.blogspot.com/2013/01/istanbul-friend-forever.html
http://ccicutedollylicious.blogspot.com/2013/01/lolita-am-i-cute-or-not.html




















